
Menjadikan IKaZ sebuah Pusat Kecemerlangan Zakat bertaraf dunia berteraskan tauhid selaras dengan komitmen universiti.
Misi
Menobatkan zakat kea rah memartabatkan ummah melalui bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), penerbitan, jaringan, latihan dan system maklumat yang berlandaskan etika kesarjanaan serta keprofesionalan.
Objektif Penubuhan
- Mempergiatkan aktiviti serta program penyelidikan dan pembangunan zakat meliputi agihan, kutipan, perundingan, fatwa dan isu-isu seumpamanya.
- Menggalakkan sesi percambahan fikiran di kalangan sarjana dan pakar dalam bentuk seminar, bengkel, kolokium, konferensi, forum, symposium, diskusi intelektual dan dialog secara berkala.
- Mewujudkan jaringan berasaskan perkongsian pintar dengan organisasi zakat di dalam dan di luar Negara.
- Membangunkan perisian dan pengkalan data berkaitan perancangan, pengurusan dan pembangunan zakat.
- Menggembelengkan usaha bersepadu ke arah mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.
- Membangunkan modul pembangunan ummah secara menyeluruh.
- Mengumpul, memperkembang dan menyebarkan maklumat yang berkaitan zakat.
Konsep Penubuhan
- Pembangunan Fatwa dan Undang-Undang
- Pembangunan Dasar dan Prosedur
- Pembangunan Pengurusan
- Pembangunan Sistem Maklumat
- Pembangunan Asnaf
- Pengukur Prestasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan