Sejarah Penubuhan


Sejarah Penubuhan
  • Selari dan sejajar dengan visi dan misi UiTM yang berhasrat untuk menjadi sebuah universiti yang terunggul di rantau ini dari aspek intelektual dan perkembangan ilmu, maka beberapa elemen kecemerlangan perlu diwujudkan demi untuk menetukan tahap keunggulan ini direalisasikan. 
  • Penubuhan Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ) yang berperanan sebagai salah sebuah pusat perkembangan ilmu dan keunggulan intelektual boleh dijadikan asas sebagai salah satu elemen yang boleh memenuhi visi UiTM, pembangunan nasional dan meninggikan syiar Islam.
  • Penubuhan IKaZ yang berorientasikan penyelidikan dan perundingan (R&D) adalah langkah yang wajar untuk menggalakkan perkembangan ilmu yang signifikan dan dapat diaplikasikan oleh pengamal dan institusi zakat amnya di Malaysia.
  • Penubuhan Institut Kajian Zakat (IKaZ) adalah cetusan Idea daripada hasil penyelidikan : Kajian Keberkesanan Pengurusan Agihan Dana Zakat Di Malaysia, (2001) oleh Abd Halim Mohd Noor, Musa Ahmad, Hasan Baharom, Shawal Kaslam, Mujaini Tarimin. 
  • Penubuhan IKaZ adalah sebagai pentas menyediakan sistem pengurusan zakat yang profesional, bertanggungjawab dan telus. Dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM pada 31 Jun 2003. IKaZ telah menjadi sebuah badan bebas dan bertanggungjawab terus kepada TNC (Penyelidikan & Inovasi) pada 13 Februari 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan