![]() |
Prof Madya Dr Hasan Bahrom Pengarah IKaZ, UiTM |
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam, Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta pengikut selepasnya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada semua pengunjung laman web rasmi Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ).
Walaupon lama blog ini telah lama diusahakan, namun baru sekarang dapat dilancarkan. Saya amat mengalu-alukan sebarang bentuk komen, pandangan, dan idea untuk menjadikan laman blog IKaZ ini sebagai sebuah medan interaksi dan penghubung antara IKaZ dan masyarakat.
IKaZ ditubuhkan dengan visi dan misinya iaitu menjadi sebuah pusat kecemerlangan zakat bertaraf dunia berteraskan Tauhid dan seterusnya dapat menobatkan zakat ke arah memartabatkan ummah melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), penerbitan, jaringan industri, latihan dan sistem maklumat yang berlandaskan etika kesarjanaan serta keprofesionalan.
Seiringan dengan kepesatan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi, IKaZ turut mengambil langkah menjadikan laman blog ini sebagai medan dakwah kepada umum dan memberikan informasi berkaitan zakat yang terkini. Melalui portal ini, IKaZ akan sedaya upaya memuatkan informasi-informasi zakat dan perkembangan zakat semsa di Malaysia. Semoga kewujudan laman web ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak khususnya para pencinta zakat.
Adalah menjadi harapan saya agar portal IKaZ ini akan menjadi salah satu medan perkongsian ilmu dan informasi yang berguna terutamanya di dalam bidang zakat dan perkembangannya.
Sekian, terima kasih.
"Menerajui Kecemerlangan Zakat"
Prof. Madya Dr. Hasan Bahrom
Pengarah
Sekian, terima kasih.
"Menerajui Kecemerlangan Zakat"
Prof. Madya Dr. Hasan Bahrom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan