Sabtu, 29 Oktober 2011

Rancangan TV

IKaZ sedang dalam proses membangunkan sebuah program bual bicara yang akan membincangkan pelbagai isu mengenai hal ehwal zakat. Program ini akan menyelami isu berkenaan zakat dengan pendekatan interaktif. Program yang akan melibatkan pakar dan para professional zakat,asnaf dan institusi zakat di Malaysia.

Latihan dan Seminar

IKaZ menganjurkan dan terlibat di dalam kursus dan latihan serta seminar zakat di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Kursus yang dianjurkan:
  1. Kursus Eksekutif Zakat (KEZ)
  2. Kursus Pangkalan Data Zakat
  3. Kursus Meningkatkan Kefahaman MIS
  4. Kursus Inkubator Asnaf
  5. Kursus Kecemerlangan Amil Zakat
  6. Kursus Amalan Urus Tadbir Korporat
  7. Kursus Peningkatan Kutipan Korporat
  8. Kursus Perakauanan Zakat
  9. Kursus Etika Pengurusan Zakat
  10. Kursus Pembangunan Modal Insan Asnaf
  11. Kursus Pembangunan Keusahawanan Asnaf

Seminar dan konvensyen:
  1. Bengkel IKaZ Bersama Industri (Setiap tahun)
  2. Persidangan Zakat Asia Tenggara (2006)
  3. Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan (2007)
  4. Konferensi Zakat Asia Tenggara, Padang Indonesia (2007)
  5. Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan, (2007)
  6. Gerakan Zakat Se- Riau bersama IKaZ (2008)
  7. IZDEP (2008)
  8. Forum Zakat Dunia, Jakarta Indonesia (2010)
  9. Forum Zakat Malaysia (2010)
  10. The 1st World University International Zakat Conference (2011)

Penerbitan

Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ) berperanan sebagai salah satu pusat perkembangan ilmu dan keunggulan intelektual. Penulisan dan penerbitan adalah menjadi salah satu fokus penting di dalam merealisasikan hasrat ini. Antara bidang penulisan dan penerbitan adalah;
  • Buku
  • Chapters in Books
  • Jurnal
  • Monograf
  • Prosiding

Hasil penerbitan IKaZ:

Buku:
  1. Isu-Isu Kontemporari Zakat di Malaysia (2005)
  2. The Power of Zakat (2007)
  3. Pengintegrasian Zakat dan Cukai (2009)
  4. Handbook Zakat (2010/2011) ~ dalam proses cetakan
  5. Kompilasi Kajian FRGS IKaZ (2010/2011) ~ dalam proses cetakan
  6. Isu-Isu Kontemporari Zakat 2 (2010/2011) ~ dalam proses cetakan
  7. Amalan Zakat Perniagaan Terbaik (2010/2011) ~ dalam proses cetakan
  8. Enhancement of Zakat (2010/2011) ~ dalam proses cetakan

Chapters in Books:
  1. Sinergi Zakat (2011) ~ dalam proses cetakan

Jurnal:
  1. IKaZ International Journal of Zakat, Vol 1 (2008/2009)
  2. IKaZ International Journal of Zakat, Vol 2 (2010/2011) ~ dalam proses cetakan

Monograf:
  1. Monograph Zakat – 9 siri (2009)

Prosiding / Modul:
  1. Prosiding Persidangan Zakat Asia Tenggara (2006)
  2. Pengurusan Eksekutif Zakat (2009)
  3. Pembangunan Modal Insan Asnaf (2010)
  4. Pembangunan Keusahawanan Asnaf (2010)
  5. Sistem Pengurusan Profesional Zakat (2010/2011) ~ dalam proses cetakan
  6. Konsep & Falsafah Zakat (2010/2011) ~ dalam proses cetakan
  7. Teknologi Maklumat: Isu-Isu Pengurusan Zakat Semasa (2010/2011) ~ dalam proses cetakan

Perundingan

IKaZ menyediakan khidmat perundingan kepada agensi-agensi zakat di dalam dan juga di luar negara. Antara perundingan yang telah dilaksanakan adalah:
  • Pengkorporatan Kutipan Zakat MAINJ (Johor)
  • Bengkel Pembangunan Pengurusan Profesional Zakat MUI (Sabah)
  • Bengkel Pengurusan Profesional Kakitangan MAIDAM (Terengganu)
  • Kajian Penubuhan Permodalan Baitulmal Kebangsaan (JAWHAR)
  • Kajian Keberkesanan Agihan Zakat di Negeri-Negeri Terpilih (JAWHAR)
  • Poverty Measurement in Zakat Institution: A Multidemensional Perspective (LZS)

Penyelidikan

Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ) mempunyai sejarah keunggulan penyelidikan yang kuat di dalam bidang berkaitan zakat. Tujuan kami adalah untuk menyampaikan hasil kajian, inovatif, penyelesaian dan teknologi yang sangat penting bagi pembangunan dan masa depan zakat. IKaZ menghasilkan penyelidikan dan pembangunan zakat merangkumi bidang agihan, kutipan, perundangan, fatwa, pengurusan, pentakrifan dan isu-isu kontemporari.

Antara bidang penyelidikan IKaZ adalah:
  • Fatwa dan Undang-Undang Zakat
  • Pengurusan Zakat
  • Kutipan dan Agihan
  • Pembangunan Asnaf
  • Dasar dan Prosedur

Antara penyelidikan yang telah dilaksanakan adalah:
  • Kajian Keberkesanan Pengurusan Agihan Dana Zakat Di Malaysia
  • Amalan Pengurusan Agihan Dana Zakat dari Perspektif Pengurus Zakat
  • Kajian Perlaksanaan Tanggung Jawab Berzakat di Kalangan Majikan di Lembah Kelang
  • Emotional Intelligence and Organizational Commitment: A Study Among Counter Zakat Personnel in Melaka, KL, Selangor, NS and Perak
  • Keberkesanan Enakmen Akta Zakat: Kajian Kes di Melaka, KL dan Pahang
  • Kajian Impak Program Pembangunan Asnaf Fakir dan Miskin: Kajian Kes Pusat Zakat Selangor (LZS)
  • Laman Web Institusi Zakat di Malaysia: Satu Penilaian Analisis Profail Generasi Kedua Asnaf Fakir dan Miskin di Negeri Melaka
  • Pengukuran Prestasi Institusi Zakat: Kajian Perbandingan Amalan Kutipan dan Agihan di Negeri-Negeri di Malaysia
  • Cost Management System Practised by Zakat Collection Centers in Melaka and Johor
  • Amalan Penaksiran Zakat di Institusi Perbankan Islam
  • Sumber Zakat di Malaysia: Satu Penerokaan
  • Amalan Governans Dalam Pengurusan Zakat di Malaysia
  • Penentuan Kriteria Fi Sabilillah dalam Agihan Zakat di Malaysia
  • Perluasan Konsep Asnaf Zakat Muallaf
  • Penetuan Ruang berkewajipan berzakat :Potensi dan Perlaksanaannya di Asia Tenggara
  • Kefatwaan Fiqh Zakat Asia Tenggara
  • Performance Indicators for Zakat Institution :A Proposed Model for Southeast Asia
  • Perlaksanaan Zakat Perniagaan di Institusi Kewangan dan Perbankan Islam di Asia Tenggara
  • Pengagihan Harta Zakat bagi membebaskan Ar-Reqab : Satu Kajian Pemeluasan Penafsiran dan Perlaksaannya di Malaysia
  • Zakat Modal Perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin : Analisis Terhadap Tahap Pencapaian
  • Penubuhan Permodalan Baitulmal Kebangsaan
  • Keberkesanan Agihan Zakat di Negeri-Negeri Terpilih
  • Poverty Measurement in Zakat Institution: A Multidemensional Perspective